Saturday, March 21, 2015

CINTA UNTUK KETENANGAN

Aku gembira mendengar pengalaman kisah cinta dua insan yang berakhir indah hingga ke jinjang pelamin,bukan seperti
Qais dan Laila,atau Romeo dan Juliet.Perkahwinan ibarat batu loncatan yang menumbuhkan benih-benih cinta,tetap bersemi meskipun
salah satu jasad telah tiada..

Kisah yang terlampau romantis,perpaduan dua insan,Rasulullah s.a.w dengan Ummul Mukminin iaitu Khadijah.Keberkatan cinta tetap
bersemi walaupun Khadijah telah wafat.Setelah satu tahun berlalu,datang sahabiyat kepada Rasulullah s.a.w dengan berkata

"Engkau mempunyai tujuh orang anak,serta tanggungjawab dakwah yang begitu besar,dalam keadaan demikian lelaki manapun sudah sepatutnya
untuk berkahwin,tidakkah itu terlintas dalam fikiranmu?"

 Nabi menangis dan mengatakan

"Mungkinkah ada wanita sebaik Khadijah?

Kalau bukan perintah Allah,nescaya baginda tidak akan berkahwin selamanya.Setelah 14 tahun wafatnya Khadijah,baginda masih sahaja mengingati
isteri tercinta.Pada suatu hari,segolongan manusia berkumpul di sekeliling baginda,bahkan orang-orang Quraisy pun datang untuk meminta keampunan.
Dari kejauhan Rasulullah s.a.w melihat wanita tua segera baginda menghampirinya sambil berbincang-bincang,lalu Rasulullah s.a.w pun melepaskan selendang dan meletakkannya di atas tanah untuk duduk dengan wanita itu.

Aisyah pun bertanya siapa orang tersebut yang Rasulullah memberikan waktu,kesempatan serta perhatiannya,Rasulullah s.a.w menjawab
"Ini adalah sahabat Khadijah." Aisyah bertanya lagi "Apakah yang kalian bicarakan Ya Rasulullah..?" Baginda menjawab " Kami bicara tentang masa lalu dengan Khadijah." Aisyah merasa cemburu lalu berkata "Apakah baginda masih ingat dengan si tua itu yang sudah lama tertimbun tanah?" Nabi mengatakan
"Sesungguhnya Khadijah telah mengasihiku,di waktu orang-orang mengusirku,ia membenarkan di waktu mereka mendustakanku."
Aisyah merasa akan kemarahan Nabi,lalu berkata "Mintakan keampunan untukku Ya Rasulullah." Baginda menjawab "Mintakan ampunan untuk Khadijah agar
aku meminta ampunan untukmu."

Mungkinkah cinta akan terus bersemi meskipun telah berlalu 14 tahun,setelah ditinggalkan pasangannya?Tentu ya kan?..,kerana keberkatan cinta itu datang
selama tidak di dahului dengan hubungan haram dan atas dasar pembentukkan rumahtangga yang sakinah.Rumah yang selalu mengingati Allah bukannya mengingati syaitan.
Bagaimana pendapat anda semua..?Andai kita dapat merealisasikan rumahtangga seperti ini,seorang suami membacakan isterinya Al-Quran.Alangkah indahnya lagi melantunkan ayat-ayat Allah bersama anak-anak tercinta, seorang isteri membangunkan suaminya waktu fajar,sebaliknya seorang suami membangunkan isterinya qiyamul lail,ketika rumahtangga rasa tenang,diberkati cinta dan kasih sayang,apa yang dapat kita rasakan?

Marilah kita mencuba berusaha mendapatkan hidayah Allah..Tentu kita akan dapat merasakan sebuah perubahan baru,menikmati manisnya iman,kekuatan cinta yang semakin erat dan semoga Allah selalu memberkatinya..


Amin...

No comments:

Post a Comment