Saturday, April 10, 2010

Erti Cinta


ENGKAU ADALAH SEBAHAGIAN DARI HIDUPKU.....


Sebuah kisah menarik tentang Salman Al-Farisi,saudara Abu Darda.Namun Abu Darda terlebih dahulu berkahwin.Salman memutuskan untuk berkahwin dengan memilih seorang gadis dari salah satu kabilah.Ia merasa malu untuk datang melamarnya kerana merasa dirinya sudah cukup tua...Ketika bingung,akhirnya ia mengutus Abu Darda untuk pergi berjumpa bapa gadis itu...Abu Darda kemudian mendatangi ayah si gadis dan dan menyatakan maksud kedatangannya....Abu Darda merasa aneh dan terkejut ketika ayah gadis itu berkata "Aku tidak akan menikahkan puteriku dengan Salman kerana aku tidak menyukainya.Namun aku ingin menikahkan puteriku denganmu.."..MASYAALLAH...

  Tetapi Abu Darda menolak dan berkata:Aku tidak akan meminang seorang gadis yang ingin dipinang oleh saudaraku"Ayah gadis itu pun berkata:Aku tidak akan menikahkan puteriku dengan Salman,tetapi yang aku inginkan engkau yang menikahi puteriku.Pergilah temui Salman,sampaikan keputusanku ini padanya..Abu Darda tetap menolak,tetapi ayah gadis itu kembali berkata:Temuilah Salman dan katakan bahawa aku hanya ingin menikahkan puteriku denganmu",

  Akhirnya kembalilah Abu Darda dengan perasaan gundah,waktu Salman melihat dia pun berkata:Abu Darda,ada apa denganmu..?"Abu Darda hanya diam.Namun,setelah dipaksa,ia pun berkata:Ayah gadis itu telah mengatakan bahawa ia tidak mahu puterinya menikah denganmu,tapi ia ingin menikahkan puterinya denganku.."

  Salman memandang Abu Darda,lalu tersenyum seraya berkata : Ketahuilah bahawa aku dan kamu seperti apa yang diumpamakan Allah dalam firmannya.."Dan kami lenyapkan segala rasa dendam yang berada dalam hati mereka,sedang mereka merasa bersaudara duduk berhadapan..".Aku berharap kita boleh seperti itu,maka lamarlah gadis itu untukmu saudaraku,kerana engkau sebahagian hidupku...

SUBHANALLAH...ternyata masih saja ada dua orang bersahabat seperti ini...Siapapun yang mencintai saudaranya kerana ALLAH,tentu ia mampu berbuat lebih dari itu...

No comments:

Post a Comment